Monday 23 December 2013

alhamdulilah pada 21.12 hingga 22.12 saya bersama rakan kelab x-treme c kolej ungku omar telah menghadiri camping di sungai chilling dengan peserta klab first year..diorng smua sgt awesome..kenangan yg xmungkin dapat lupakan.

perkhemahan interaksi 2013 kelab xtreme c
 love u guys.
sweet memory sem 2 thun 2

Monday 2 December 2013

Alhamdulilah akhirnya siap juga bahan bantu mengajar (bbm) untuk presentation esok..harap semua berjalan dengan lancar..
ni jam bunga yang direka oleh saya:

 
Alhamdulilah program bersama kanak - kanak permata berjalan dengan lancar dan saksama..tahniah buat datin seri rosmah mansor kerana mengeluarkan idea2 yang bernas untuk mendidik anak bangsa kini.
 keletihan terubat dengan hadirnya kawan2 yg sporting dan baik macam ni..frenzz until jannah
 
assalamualaikum dan salam sejahtera..
pada 30.11.2013 saya bersama rakan-rakan saya yang lain telah mengadakan 1 field work untuk subjek geografi kami bertempat di Bukit Fraser..perjalanan dalam hujan renyai2 membuatkan perasaan ingin mencuba lebih mendalam..sepanjang perjalanan kami akan diberhentikan di tempat2 yang telah ditetapkan oleh pensyarah kami iaitu sebanyak 12 stesen. kami dikehendaki mengukur suhu kelembapan,suhu biasa dan longitud kawasan tersebut. kerja kami semakin sukar apabila kebanyakkan tempat kami berhenti hujan dan paling menguji kesabaran apabila berada di puncak bukit fraser yang mana sangat sejuk..
doakan kami semua berjaya menjadi cikgu pendidikan khas dan insyaAllah sebagai cikgu geografi kelak.
 

Monday 18 November 2013

CEREBRAL PALSY?

CEREBRAL ialah OTAK
"PALSY" bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT.

Kanak-kanak Cerebral Palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan diperingkat awal bayi dilahirkan- ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

SEBELUM KELAHIRAN1) jangkitan dalam rahim
2)Ibu mengalami darah tinggi,kencing manis dan kurang darah ketika mengandung
3) pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung


SEMASA PROSES KELAHIRAN
1)Kelahiran tidak cukup bulan
2)Kecederaan semasa lahir

3)Lemas semasa lahir
4)Jangkitan semasa lahir


SELEPAS KELAHIRAN (SEBELUM BERUMUR 3 TAHUN)
1)Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
2) Jaundis yang teruk (kemicterus)
3)Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.



Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.


PUNCA-PUNCA:
- Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
- Perkembangan otak yang tidak normal.
- Rembesan (intraeraneal bleeding).
- Demam kuning.
- Terhentak / terhempas / kejutan.
- Serangan kuman / penyakit.



TANDA-TANDA :
- Bayi kelihatan lembik
- Lewat perkembangan
- Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
- Masalah menyusu
- Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
- Sembelit
- Cepat marah