Terapi Aroma
Terapi aroma
1.Definisi terapi aroma
· Istilah
'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma”
bermaksud bau atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan.
·
Terapi
aroma adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir
daripada pati minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan
memulihkan simptom-simptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental
2. Konsep terapi aroma
· Cara rawatan penyakit menggunakan aroma yang dihasilkan dari tumbuhan herba atau bunga-bungaan
· Penggunaan minyak wangi atau bau-bauan semasa rawatan
· Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.
· Menggunakan aroma( bau) untuk merangsang bahagian-bahagian otak.
· Aromaterapi merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi adalah untuk:
- menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak langsung.
- Rangsangan bau mempengaruhi emosi dan hormon di dalam badan
3. Sejarah terapi aroma
Terapi
Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar
6000 tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan
Yunani yang menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa
Romawi dan Yunani juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri
minyak wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan
penyulingan bunga-bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China
sejak 2700 sebelum Masihi. Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa
juga sudah dikenal di India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian
kuno di benua Amerika juga menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya.
Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice Gattefosse,
melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada
tahun 1937 dia memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam
buku yang membahaskan hasil penelitiannya.
4. Jenis-jenis terapi aroma
• Aroma Terapi Klinik
• menggunakan
minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau
ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya
• dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi
• Aroma Terapi Holistik
• penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup dan olahraga
• Aroma Terapi Estetik (kecantikan)
• digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang
• biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih
• contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit
5. Kegunaan terapi aroma
• Kanak-kanak
• menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan perasaan positif
• kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka
• Autisme
• membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri
• membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan gembira
• Kehidupan Seharian
• membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman
• untuk melegakan sistem pencernaan
• untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan
• menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik
Aromaterapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas bermasalah:
o Terencat akal/ Mental Retardation (MR)
o Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
o Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD)
o Lembam / Slow Learner
o Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD)
o Sindrom Down / Down Syndrome
o Serebral palsi / Cerebral Palsy
6. Jenis bau-bauan yang digunakan dalam terapi aroma
• Lavender
• berfungsi untuk menghilangkan stress
• mengawal emosi yang tidak stabil
• Jasmin
• Dapat menghilangkan stress
• Ros
• dapat menenangkan emosi
• Blossom
• dapat meningkatkan tumpuan
• dapat mengurangkan sakit kepala
LILIN AROMA
JASMIN
LAVENDER
PATI MINYAK WANGI
7. Kepentingan terapi aroma
· meningkatkan
kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti yang
melibatkan terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin atau botol
dengan menggunakan pelbagai herba atau bau-bauan
· merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti dalam suasana yang tenang
· memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
· membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan rakan, guru atau ibu bapa
· membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
· meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak ADHD
· mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy
· menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum
8. Cara Pelaksanaan, Alatan, Masalah Dan Cadangan Penambahbaikan Aktiviti Terapi Aroma
Terdapat
pelbagai aktiviti menarik yang berunsurkan terapi aroma dapat
dilaksanakan sekiranya guru kreatif dalam mempelbagaikan teknik
pengajaran. Namun begitu, mengajar murid-murid khas lebih mencabar dan
guru perlu meningkatkan daya krativitinya bagi memenuhi keperluan
mereka. Oleh itu, perlaksanaan aktiviti seperti murid-murid lain harus
dimodifikasikan bagi mengatasi masalah yang berkemungkinan akan berlaku.
PERLAKSANAAN
|
ALATAN
|
MASALAH
|
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
|
Doh Wangi
Murid
menggunakan doh yang dititis dengan aroma yang menenangkan seperti
lavender untuk menghasilkan bentuk-bentuk obejek berdasarkan imaginasi
masing-masing.
|
- Doh
- minyak pati
|
Tekstur doh yang lembut, wangi dan berwarna menyebabkan murid cenderung untuk memasukkan ke dalam mulut.
|
Guru
perlu membuat sendiri doh dengan menggunakan tepung, garam, air, minyak
masak pewarna masakan. Elakkan membeli doh yang sedia ada di pasaran.
|
Kraftangan
Guru boleh mengajar murid menghasilkan seni tangan dengan menggunakan daun pandan seperti membuat origami ulat dan kipas.
|
- daun pandan
|
Terdapat murid-murid yang tidak mempunyai koordinasi mata dan tangan yang baik. Oleh itu, mereka sukar membuat origami.
|
Bimbingan
guru dari satu langkah ke satu langkah amat penting mengukut tahap
kemampuan murid. Selain menghasilkan origami, murid juga boleh
menggunakan daun pandan untuk hasil seni yang lain seperti kolaj dan
juga potpuri.
|
Urutan
Aktiviti
urutan dengan menggunakan minyak pati yang harum dapat dilakukan secara
berpasangan seperti mengurut tapak tangan dan kaki.Aktiviti ini boleh
dipelbagaikan dengan kedudukan murid seperti bermain kereta api dan
dalam bulatan. Muzik iringan juga dapat membantu aktiviti terapi ini
menjadi lebih menarik.
|
- minyak pati
- muzik
|
Sesetengah
murid tidak menyukai sentuhan seperti kanak-kanak Autistik dan terdapat
kanak-kanak yang terlampau menyukai sentuhan seperti Sindrom Down.
|
Bagi
kanak-kanak yang tidak menyukai sentuhan oleh orang lain, guru boleh
meminta murid tersebut melakukan urutan sendiri atau menggunakan bahan
bantu yang lain untuk urutan seperti penggunaan bola kecil untuk
aktiviti meramas. Titiskan minyak aromaterapi pada bola tersebut. Bagi
kanak-kanak yang terlalu meyukai sentuhan, gunakan bau-bauhan yang
merangsangkan seperti pudina dan lemon, dan bukannya menggunakan bauan
yang menenangkan seperti lavender,vanilla dan madu. Ini kerana, bauan
yang merangsangkan akan mengaktifkan murid serta tidak terlalu asyik
dengan sentuhan.
|
Bau-bauan
Guru
menunjukkan kepada murid pelbagai objek yang berbau seperti kulit kayu
manis, bunga ros, daun pudina, wangian bunga kering, tisu yang disembur
pewangi dan lain-lain. Murid memegang bahan-bahan tersebut dan menghidu
setiap satunya. Kemudian, murid menceritakan bahan yang digemari dan
juga bahan yang tidak disukai serta menyatakan pendapatnya mengenai
bahan-bahan tersebut. Ini akan membantu murid meluahkan apa yang dirasai
dan mengetahui kegemarannya.
|
- kulit kayu manis
- bunga ros
- daun pudina
- wangian bunga kering
- tisu
- pewangi
|
Segelintir murid khas tidak menyukai bau-bauan yang dibawa oleh guru.
|
Tindakan
guru adalah cuba menggunakan pelbagai jenis bauan lagi dengan kaedah
yang berbeza seperti haruman kopi, bau rumput-rumput hijau, bau hujan,
bau kek dibakar dan lain-lain lagi. Guru juga boleh meminta murid
membawa sendiri bauan yang diminati untuk dikongsi bersama-sama rakan
yang lain.
|
Hiasan Beg Potpouri
Setiap murid diberikan satu beg kecil setiap seorang.
Selepas itu, guru memberi potpouri kepada setiap murid dan meminta mereka untuk memasukkannya ke dalam beg kecil tersebut.
Kemudian, murid diminta untuk mengikat beg kecil tersebut dan menghiasnya.
|
- beg kecil
- potpouri (hirisan daun pandan, bunga melur, bunga kenanga, bunga ros, bunga cempaka)
|
Terdapat murid yang tidak dapat menerima sesetengah bau atau potpouri yang diberikan.
|
Guru
perlu mengenal pasti bahan-bahan potpouri yang dicampurkan agar dapat
menghasilkan satu bau-bauan yang menyenangkan murid-murid.
|
10. Penutup
Kesimpulannya,
terapi aroma ini banyak memberi manfaat dan kebaikan terutamanya kepada
murid-murid Pendidikan Khas dalam memperbaiki kualiti hidup dari segi
mental dan emosi serta dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Oleh
itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah menggalakkan dan melibatkan
murid-murid dengan terapi aroma tersebut sama ada dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah ataupun dalam aktiviti
seharian mereka di rumah.
No comments:
Post a Comment